berita

‘Nampak Menyeksakan’- Pelakon Avengers ‘Thanos’ Buat Bekam, Ini Reaksi Pengikutnya Di Instagram

April 29th, 2018 | by Ash Nordin
Lensa Insta

Kami pasti ramai diantara anda dah tengok filem terbaru Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Infinity War. Kebiasaannya orang ramai akan tertumpu kepada nama-nama besar seperti Robert Downey Jr (Iron Man), Chris Evans (Captain America), Chris Hemsworth (Thor) dan Scarlett Johansson (Black Widow).

Tetapi tahukah anda siapa pelakon lelaki disebalik watak jahat ‘Thanos’? Namanya ialah Josh Brolin. Dia seorang pelakon ternama di Hollywood. Namanya makin jadi sebutan sejak pegang watak Thanos dalam filem Avengers. Terbaru, pelakon itu telah memuat naik dia tengah membuat bekam. Lihat reaksi orang dari luar negara ini.

Nampak teruk, pengikut ‘Thanos’ risau lihat keadaan badan pelakon itu

Josh Brolin telah memuat naik fotonya membuat bekam atau dalam bahasa inggeris ‘cupping’. Di Malaysia, tujuan membuat bekam adalah untuk membuang toksik serta darah kotor dalam badan. Tanya sahaja kepada orang yang pernah buat terapi ini, pasti lepas bekam badan akan terasa lebih fresh dan sihat.

Tetapi lain pula bagi orang di luar negara yang belum pernah jalani terapi bekam ini. Di bawah antara komen dari pengikut Josh di Instagram. Sampaikan ada risau lihat keadaan badan pelakon yang membawa watak ‘Thanos’ itu.

Sumber: Instagram Josh Brolin

Save

Save

SKIP THIS AD ×