Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita iaitu Nazira Frijand Ali menerusi Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM) ada berkongsi pengalaman seram yang dilaluinya sepanjang menetap di sebuah rumah sewa yang pernah berlaku kes pembunuhan dimana mayat dipercayai telah dikerat dan ditanam dibelakang rumah tersebut.
Rumah sewa misteri
Sekadar gambar hiasan
Berdasarkan perkongsian di Facebook, Nazira memaklumkan kejadian tersebut berlaku sekitar 25 tahun yang lalu iaitu ketika dia baru berpindah ke sebuah rumah sewa yang agak besar tetapi apa yang menimbulkan keraguan adalah bayaran sewa yang dikenakan agak murah. Boleh dikatakan tidak setanding dengan keluasan rumah tersebut. Setelah berbincang, mereka akhirnya bersetuju untuk menetap di rumah tersebut.
Masa tu happy juga walau pun dalam hati ada terdetik rasa tak sedap hati juga tengok pakcik yang menyewakan rumah ni tok kami. Dia tak ada eye contact bila dia bercakap dengan saya. Dan dia sendiri tak berapa mahdu bercakap dengan saya.
Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini memaklumkan sering mendengar suara anjing menyalak di hadapan rumahnya itu dan pada hari ketujuh selepas berpindah, wanita ini mula ‘diganggu’.
Depan pintu bilik saya nampak ada seorang tua yang agak pendek, berdiri tegak memandang saya tajam dengan ditangan dia ada memegang kepala orang yang berdarah. Dia macam orang lama. Macam orang dulu dulu. Saya terkejut dan segera mengejutkan suami dekat sebelah. Dan serentak dengan tu orang tua tadi macam terbang dibawa angin menuju ke dapur.
Ada suara berbisik
Sekadar gambar hiasan
Namun lain pula yang jadinya apabila si suami langsung tidak menemui apa-apa yang mencurigakan. Malah si suami mendakwa kemungkinan isterinya itu mengigau. Tapi malangnya gangguan itu masih menghantui wanita ini. Pada suatu hari, ketika sedang basuh pinggan di dapur, Nazira mendakwa terdengar satu bisikan halus yang memanggil namanya.
Satu malam tu saya mula bermimpi. Mimpi ada orang yang dibunuh dan dikerat kerat kat rumah tu. Percikan darah penuh di dinding. Saya tersedar. Malam esoknya saya mimpi lagi dan kali ni nampak pula mayat ditarik dan derg gali lubang belakang rumah tanam mayat kat situ.
Dia kemudian membuat keputusan untuk pergi ke belakang rumah dan mencari tempat mayat ditanam seperti yang muncul dalam mimpinya itu. Dan alangkah terkejutnya apabila dia menjumpai satu kawasan mendap dan seperti pernah digali.
Lepas solat maghrib saya mula nampak percikan darah yang macam sama dengan dalam mimpi saya. Tapi kali ni real. Dinding rumah tu memang macam betul ada percikan darah. Saya teruskan mengaji. Cerita dekat suami dia tak berapa nak percaya. Sampai satu hari suami outstation lagi.
Tak sampai berapa lama anjing menyalak, saya dengar tapak kaki berjalan atas atap. Memang bunyi kaki orang jalan dari bilik saya dan turun ke pintu dapur. Hati lega dengar dia dah turun tapi dia tak berhenti disitu. Dia cakar pulak pintu dapur tu, bunyi macam kuku panjang mencakar pintu.
Keluar dari rumah jam 3:30 pagi
Sekadar gambar hiasan
Tidak tahan kerana sering diganggu, sekitar jam 3:30 pagi, Nazira membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut seorang diri memandangkan si suami sedang outstation. Tapi malangnya semasa dalam perjalanan, motosikal yang ditunggangnya itu seperti dilanggar oleh satu lembaga besar sehingga membuatkan dia hampir terbabas.
Pada hari berikutnya, ketika sedang membaca Yassin, Nazira mendakwa terlihat satu lembaga hitam yang tinggi, bertelinga panjang dan mata merah menyala datang ke arahnya seperti mahu menerkam. Dia menjerit ketakutan dan pada ketika itu, lembaga tersebut tidak dapat mendekati Nazira.
Suami suruh saya sabar. Dia suruh saya siap siap nak pergi rumah kawan dia. Dia pon bersiap kat bilik sesorang. Entah apa jadi tiba tiba suami saya pulak menjerit kuat! Menjerit sambil melompat keluar dari bilik dengan muka pucat lesi. Dia senyap, tangan dia menggigil pegang stearing. Kejap lepas tu baru dia kata dia nampak ada makhluk yang masuk ikut tingkap bilik tu dan menerkam ke arah dia.
Buat keputusan, pindah
Sekadar gambar hiasan
Pada keesokan harinya, mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan seorang ustaz. Ustaz tersebut meminta supaya mereka merenjiskan air penawar di rumah tersebut. Tiba-tiba ada satu bungkusan berwarna kuning berisi ibu jari manusia yang sudah kering jatuh dari aras pintu depan.
Suami menggigil gigil pegang. Berlari pergi sungai berhampiran rumah kami dan buangkan ke sungai. Tak terfikir masa tu kami nak pergi balai ke nak bawa jumpa orang tengokkan ke. Dia makin marah. Kalau dulu dia terjengket jengket nak menerkam saya, lepas kejadian tu dia semakin berani ganggu saya. Mimpi jangan cakap lah kena potong, buat ritual, kemiyan, jin, mutiara hitam, bermacam mimpi yang melangkaui akal fikiran.
Selepas semuanya selesai barulah mereka tahu bahawa rumah sewa tersebut sebenarnya adalah rumah yang pernah didiami bekas bomoh. Lebih mengejutkan, bomoh tersebut pernah melakukan pembunuhan di rumah tersebut.
Apa yang saya mimpi tu rupanya adalah perkara yang berlaku kat rumah tu. Sehinggalah saya sendiri kerasukan. Ustaz nasihatkan kami berpindah sebab gangguan dirumah tu sangat kuat. Dan kalau saya tak berpindah mungkin saya/janin saya akan dimakan jin tersebut. 2 hari lepas saya kerasukan dan bermimpi jin tu nak bagi saya makan sesuatu, kami terus pindah.
Menurut Nazira, dia telah tinggal di rumah tersebut selama empat bulan sebelum membuat keputusan untuk berpindah keluar.
Sumber: Nazira Frijand Ali