berita

Nampak Seksi Dengan Imej Bertudung, Shila Amzah Sekali Lagi Jadi Perhatian

April 1st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PENGISYTIHARAN-BINTANG-BERTARAF-ANTARABANGSA-BERSAMA-WARNER-MUSIC-MALAYSIA-22-630x420

Jika sebelum ini Shila Amzah pernah ditegur dan dikritik oleh pengguna laman sosial kerana memakai pakaian yang agak ketat dan tidak bersesuaian dengan imej bertudung, kali ini timbul pula isu lain namun masih mengenai gaya pemakaiannya.

Menerusi sebuah portal tempatan, Shila dilaporkan telah membuat persembahan di China dipercayai untuk program I Am A Singer sambil mengenakan pakaian yang dikira agak pelik oleh kebanyakan orang.

Mana tidaknya, dari pandangan mata kasar jelas kelihatan seperti Shila hanya memakai dress pendek paras peha sambil bertudung. Walaupun hakikatnya sepasang kaki penyanyi itu dibalut legging berwarna kulit, namun ia tetap nampak janggal.

shila

Sedap mata memandang apatah lagi suara sedap dan semakin mencipta nama di China. Cuma kata orang, kalau dah penampilan menutup, biarlah tutup betul-betul. Ini kerana sejak akhir-akhir ini penampilan Shila Amzah sudah berubah. Fesyen baju yang dipakai pelik-pelik pula. – Malaysia Gazette

Di Malaysia, rasanya belum ada penyanyi yang pakai macam tu. Walaupun masih menutup aurat, tapi legging yang sememangnya ketat dan warna seakan warna kulit boleh memberi pandang negatif masyarakat China tentang cara menutup aurat untuk wanita Islam.

Adakah Shila terpaksa berpakaian sebegitu kerana mengikut arahan pihak tertentu? Apa yang pasti, ramai yang tidak berpuas hati dengan fesyen Shila pada malam tersebut.

Mungkin lepas ini Shila akan menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih pakaian dan gaya sesuai dengan imejnya.

Kredit foto : Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×