berita

Nampak Sombong & Angkuh Tapi Rakyat Korea Sebenarnya Ramai Tak Fasih Berbahasa Inggeris

February 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Ramai antara kita yang gemar menonton drama dan filem Korea, bukan? Ini tidak dinafikan lagi apabila drama dan filem Korea mula mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Malaysia. Malah, ramai antara penonton perempuan ‘jatuh cinta’ dengan barisan pelakon Korea.

Rata-rata antara mereka telah mengenali barisan pelakon ini dan mula mengikuti perkembangan artis tersebut. Malah, ada segelintir peminat perempuan taksub mengidamkan ciri-ciri kekasih yang menyerupai watak dalam drama Korea. Tetapi ada pelancong kita mendakwa layanan rakyat Korea sebenarnya tidak seperti yang digambarkan dalam drama.

Nampak sombong, muka angkuh

Kalau kita pernah ke Korea Selatan, mungkin kita mengalami pengalaman seperti tidak diendah oleh rakyat disana terhadap pelancong. Kebanyakkan raut wajah rakyat Korea kelihatan sombong dan tidak mesra. Namun, tahukah korang yang mereka ini sebenarnya takut dengan pelancong?

Rupa-rupanya, mereka takut berdepan pelancong disebabkan kurang keyakinan berkomunikasi dalam bahasa English. Malah, mereka sering menggunakan bahasa ibunda sebagai komunikasi harian.

Sanggup buka kamus bahasa

Tetapi tidak semua rakyatnya tidak fasih dalam berbahasa English, malah, mereka berupaya memartabatkan bahasa ibunda. Rata-rata rakyat Korea juga akan membantu pelancong sekiranya diperlukan. Mereka sedaya upaya menggunakan Google Translate untuk membantu pelancong yang memerlukan bantuan.

Mereka jujur bukan sombong

Rakyat Korea sangat baik dan jujur terhadap pelancong. Mereka juga sanggup bantu pelancong yang dalam kesusahan sepanjang berada di negara mereka. Mereka juga sangat memuji jika pelancong berkebolehan bercakap dalam bahasa ibunda mereka.

Credit: Twitter Silly Boney

SKIP THIS AD ×