berita

Selain Kemurungan, Ini Sebab Ibu Tergamak Kelar Leher 4 Orang Anak Di Sabah Semalam

October 19th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Seorang bayi 8 bulan maut manakala tiga lagi cedera parah apabila dikelar ibu yag dipercayai mengalami kemurungan di Kota Belud, Sabah semalam. Wanita terbabit mengelar lehernya sendiri sejurus melakukannya terhadap anak-anak.

Artikel Berkaitan: Ibu Alami Kemurungan Kelar Leher 4 Orang Anak Di Sabah, Seorang Meninggal Dunia

Menerusi laporan Harian Metro, Yohanes, suami wanita tersebut mengakui isterinya itu berkelakuan pelik sejak kebelakangan ini dan mendakwa ada syaitan di rumah tersebut.

Cerita detik cemas

Menceritakan detik cemas itu, lelaki berkenaan meluru masuk ke dalam bilik setelah mendengar suara anaknya menangis namun pintu tersebut dikunci dari dalam.

Saya terus meluru masuk ke bilik dan membuka pinta namun ia terkunci. Sebaik meninjau dari tingkap, saya terkejut melihat dua anak dalam keadaan berlumuran darah.

Lalu saya segera merempuh masuk ke bilik dan lihat isteri sedang mengelar lehernya dengan pisau sebelum menahan tangannya dan merampas pisau yang digunakan itu.

Dua anak yang cedera keluar dari bilik. Saya berlari keluar untuk minta bantuan pihak berkuasa yang kebetulan membuat rondaan.

Hentak kepala

Tambah Yohanes, dia mengakui terkejut dengan tindakan isterinya itu yang dikatakan sungguh manja dengan anak-anak. Sebelun kejadian, isterinya berkelakuan aneh menghentak-hentak kepala di tiang bilik namun ditenangkan oleh Yohanes.

Keadaan dia kembali tenang dan dia minta saya meneruskan pekerjaan sambil membawa masuk empat anak ke bilik. Saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana isteri amat menyayangi anak-anak, lebih-lebih lagi Jerry.

Tidak tahu mengapa dia (isteri) bertindak sedemikian kerana anak-anak amat manja dengannya. Malah sebelum kejadian, isteri menyuap biskut dan menuangkan minuman kepada anak-anak.

Jun lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut setelah leher dikelar oleh ibunya yang dipercayai mengalami kemurungan. Wanita tersebut telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh atas tuduhan membunuh.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×