berita

‘Nampak Tangan Melambai-Lambai Sebelum Tenggelam..’ – Remaja Lemas Di Sungai Ketika Selamatkan Dua Rakan

January 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Di Kelantan, seorang remaja lelaki yang dikenali dengan nama Wan Mohd Azamudin atau lebih mesra dengan panggilan Mudin telah disahkan meninggal dunia akibat lemas. Lebih meruntun hati apabila mengetahui insiden cemas itu berlaku ketika mangsa yang berusia 16 tahun itu cuba menyelamatkan dua orang rakannya yang lemas di sungai berkenaan.

Cuba selamatkan dua rakan

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Harian Metro, sebelum kejadian, sekumpulan remaja sedang bermain bola di padang berhadapan dengan rumah mangsa dan ianya juga berdekatan dengan sungai terbabit. Ketika sedang asyik bermain, tiba-tiba seorang rakan mangsa, Mohd Amirul Adam telah tersepak bola itu sehingga masuk ke dalam sungai.

Oleh hal demikian, rakan mereka iaitu Mohd Adam kemudian bertindak turun ke dalam sungai untuk mengambil bola tersebut tetapi lain pula yang jadinya apabila Mohd Adam didapati lemas. Tanpa berfikir panjang, seorang lagi rakannya iaitu Arif telah turun ke sungai dengan niat mahu menyelematkan Mohd Adam.

Mangsa lemas

Foto: Harian Metro

Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila kedua-dua remaja berkenaan sudah hampir lemas dan telah menjerit meminta pertolongan. Mudin (mangsa) yang menyedari kejadian terus terjun ke dalam sungai untuk membantu kedua-dua rakannya.

Mudin berjaya menyelamatkan dua rakan saya dengan memikul keduanya di belakang, namun sebaik hampir ke tebing, dia (mangsa) kelihatan tidak berdaya sebelum lemas.

Mudin (mangsa) tak menjerit minta tolong, tapi kami nampak tangannya melambai-lambai sebelum perlahan-lahan tenggelam dalam sungai.

Sementara itu, jenazah mangsa yang ditemui telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SKIP THIS AD ×