Beberapa hari lepas, Nando’s Malaysia telah melancarkan pertandingan Nando’s ‘Peri-fy Your Art’ buat tahun ketujuh dengan mengetengahkan tema baru iaitu Alive.
Pertandingan yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008 itu merupakan inisiatif Nando’s untuk meraikan rasa dan daya cipta asli di kalangan pencinta seni di samping menyokong komuniti dengan membuka peluang bagi menyerlahkan bakat dan potensi mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd, Ian Cruddas, aktiviti ini telah menjadi batu loncatan bagi pelukis muda yang bercita-cita untuk menempa nama dalam bidang seni di dalam dan luar negara.
Mural di Restoran Nando’s cawangan Chinatown, KL menepati tema Alive
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, 2014 menyaksikan Nando’s menyelitkan kategori baru termasuklah Seni Halus dan Seni Digital, Grafiti dan Seni Jalanan.
Bagi yang berminat untuk turut serta, pertandingan ini bermula pada 1 Mac 2014 dan berakhir pada 30 April 2014. Karya seni bagi kesemua kategori hendaklah diserahkan dengan cara memuat naik gambar hasil yang telah disiapkan melalui laman web Inisiatif Seni Nando’s.
Berikut adalah hadiah-hadiah lumayan yang disediakan:
Kategori Seni Halus Dan Seni Digital
- Hadiah Utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500, pameran solo bertajaan dan bimbingan mentor.
- Pemenang Kedua – RM3,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor.
- Pemenang Ketiga – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500 dan bimbingan mentor.
- Hadiah Sagu Hati (3X) – RM1,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500.
Kategori Grafiti / Seni Jalanan
- Hadiah Utama – RM5,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
- Hadiah Sagu Hati (3X) – RM2,000 tunai, baucar Nando’s bernilai RM500
Jadi, apa tunggu lagi? Jom!