berita

Nas Adila Hidap Kanser Payudara Tahap Tiga, Bakal Mula Kemoterapi Minggu Hadapan

March 18th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Nas Adila reda dengan ketentuan Allah selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga sejak Awal Mac lalu.

Mula rasa ketulan

Menerusi temu bual bersama Buletin FM, Nas Adila atau nama sebenarnya, Nas Adila Mohd. Dan berkata, dia akan sentiasa berfikiran positif melawan penyakit tersebut dan menganggap ujian dalam bentuk kesakitan sebagai satu tanda Allah sayang kepada hamba-Nya.

Awal tahun lalu saya mula rasa ketulan pada bahagian payudara dan lama-kelamaan semakin membesar. Apabila melakukan pemeriksaan melalui sampel, saya disahkan kanser dan berkemungkinan tahap tiga. Memanglah terkejut apabila doktor maklumkan hal tersebut.

Bohong kalau saya katakan tidak sedih, tapi sejak awal lagi saya cuba lawan. Saya kena kuatkan hati dan reda dengan dugaan ini. Kita jalani sahaja hidup.

Ujar Nas, dia sangar terkejut pada mulanya. Tambah Nas, dia akan melakukan ujian lanjut untuk mengetahui tahap sebenar penyakit tersebut dan memulakan rawatan kemoterapi pada minggu hadapan.

Saya percaya setiap ujian itu sebagai tanda Allah masih sayang. Apabila dapat tahu tentang sakit ini, sebenarnya saya bersyukur kerana Allah jentik hati untuk dekatkan diri kepada-Nya.

Pastinya saya akan cuba perbaiki diri menjadi lebih baik. Pada masa sama saya juga lebih prihatin dengan tahap kesihatan selain pengambilan makanan. Saya cuba sekuat mungkin untuk lawan sakit ini.

Keluarga sistem sokongan

Jelas Nas lagi, keluarga merupakan sistem sokongan terkuat buat dirinya pada masa ini.

Suami saya sangat tenang menerima berita ini. Dia banyak memberi semangat untuk saya. Hikmah di sebalik apa yang berlaku membuatkan hubungan kami lebih akrab.

Sumber: Nas Adila

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×