

Bekas penerbit dan wartawan program hiburan Melodi, Nas Ahmad dilaporkan meninggal dunia, pada pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: ‘Buat Kerja Kena Ikhlas & Bukan Untuk Orang Sanjung’ – Nas Ahmad Terima Anugerah Ikon Melodi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tular Semula Temu Bual Yasin Bersama Melodi, Beri Pesan Jangan Segan Jumpa Pakar – ‘Psikiatri Bukan Untuk Orang Gila’
Al-fatihah

Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun kira-kira jam 10 pagi.
Berita sedih itu dikongsikan oleh anak dan menantunya menerusi panggilan telefon kepada media.
Pengacara Fedtri Yahya turut berkongsi berita duka itu di Instagram (IG) miliknya, sebentar tadi.
Buat yang mengenali wartawan Nas Ahmad beliau telah meninggal dunia pagi tadi.
Jenazah Allahyarham kini sedang berada di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Sejak Januari 2023, Nas Ahmad berdepan ujian kesihatan apabila dilaporkan menghidap penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.
Disebabkan penyakit itu, Allahyarham tidak dapat berjalan seperti dahulu dan mudah terasa mengah.








