berita

Nasi Tertumpah Kena Baju & Cara ‘Basuh’ Beras Berbeza, Wanita Baru Kahwin 8 Hari Diceraikan Suami Cerewet

May 19th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tempoh perkahwinan hanya mampu bertahan selama lapan hari sahaja, seorang wanita di Indonesia meluahkan rasa kecewa apabila dia diceraikan gara-gara suaminya terlampau cerewet!

Suami ada mengalami penyakit OCD

Menerusi laporan Wolipop, wanita berkenaan dikenali sebagai Eka S Rufaidah mendedahkan bahawa selepas berkahwin, dia baru tahu perangai sebenar suaminya yang gemar memarahinya meskipun perkara terbabit adalah perkara kecil.

Dalam pada itu, dia mengatakan bahawa sehari selepas berkahwin, lelaki itu menjadi sangat cerewat dan rupa-rupanya lelaki tersebut mengalami kesihatan mental iaitu Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Setiap barang di rumah perlu disteril dan dia juga tak suka orang lain mengemas kalau rumah dia walaupun berada dalam keadaan berselerak.

Dia pernah suruh saya menyiapkan makanan dan merendamkan sudu yang digunakan itu ke dalam air panas. Tanpa sengaja, pakaian saya terkena nasi dan benda tu membuatkan suami saya naik angin.

Takut tengok emosi suami tak stabil

Ujarnya lagi, dia berasa takut melihat emosi suaminya tidak stabil. Bukan itu sahaja, dia turut menceritakan satu kejadian di mana suaminya menyuruh dia untuk membuang beras yang sudah dicuci hanya kerana kaedah cucian Eka tidak sama seperti cara dirinya mencuci.

Ada juga satu hari tu perut saya berasa sakit kerana ada masalah senggugut. Saya letakkan bantal tidur di paha bagi mengalas perut yang sedang sakit. Secara tiba-tiba dia menjerit kat saya dan kata bahawa saya ni isteri yang tidak taat kepada suami.

Keesokan harinya, wanita terbabit meminta izin suami untuk pulang ke rumah ibu bapanya secara sendirian. Walau bagaimanapun, pada 14 Mac lalu, Eka diceraikan begitu sahaja oleh suaminya melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

Saya berharap yang tak ada wanita lain yang menerima nasib sama seperti saya dan untuk kaum lelaki, pernikahan bukanlah satu perkara main-main.

Sumber : Wolipop

SKIP THIS AD ×