Seorang wanita di Facebook berkongsi detik cemas anak hampir menjadi mangsa culik ketika sedang bermain di dalam rumah. Ketika kejadian, beliau mendengar pintu pagar dibuka namun tidak mengesyaki sebarang kelakuan pelik.
Tidak lama kemudian, dia melihat seorang lelaki warga asing berdiri di depan anak cuba membuka grill rumah.
Lelaki cuba buka grill rumah
Rumah saya hampir di samun / Percubaan menculik budak
Lokasi Saujana Impian Kajang Selangor
Jam 12.30pm
18.9.18
Saya berada di rumah bersama anak bongsu berumur 3 tahun. Dalam rumah mmg kecoh la suara anak bermain kan .. saya terdengar bunyi motor agak kuat berhenti di hadapan rumah tapi terlindung. Saya menjenguk tapi tiada sesiapa. Kemudian terdengar bunyi pagar hadapan di buka bunyi kuat (seperti biasa cara anak bujang bukak pagar). Biasanya pagar bermangga mungkin sebab paginya hujan jadi anak cuma selak je. Saya jenguk dari sliding door masih tak ada nampak sesiapa (masa tu fikirkn anak bujang yang balik) . Anak bongsu saya memang biasa sambut anak bujang balik jika dengar pagar di buka.. jadi anak bongsu terus meluru ke pintu (grill memang berkunci). Saya tak dengar anak jerit nama abang dia (kebiasaan dia akan ulang sebut nama) saya rasa pelik dan tengok jam baru pukul 12.30 dan pelik kalau anak saya balik lebih awal. Saya terus menghampiri anak bongsu saya dan melihat seorang lelaki (rupa seperti warga indonesia) memakai helmet biru, bertshirt biru lusuh , berjeans lusuh dan berkasut sport (tak ingat warna) berdiri berhampiran grill rumah dalam percubaan untuk membuka (grill bermangga dan berjaring). Saya terkejut lalu menjerit , sergah kuat dan lelaki tu memang memandang tepat ke muka saya dan terus berlari keluar. Keadaan tu berlaku dalam beberapa saat je.. memang cepat tapi kesan yang menakutkan.
Menggigil seluruh badan
(Sekadar gambar hiasan)
Masa tu Allah je yang tahu, menggigil seluruh badan saya kerana anak saya berada betul-betul di depan lelaki tu (anak saya memang jenis peramah tak takut orang). Saya bersyukur sangat kerana pintu grill bermangga.. cuma pintu kayu saya tak tutup dan selak sebab sedang menunggu anak balik. Pandangan pintu terbuka terlindung dari luar pagar kerana ada ampaian baju terjemur. Dia berlari mengikut laluan tepi tembuk bersebelahan ampaian baju kerana itu saya tidak nampak bila masa dia masuk.
Keadaan pada masa tu agak sibuk sebab waktu puncak orang menghantar anak pergi sekolah. Betapa beraninya dia datang waktu orang/kenderaan lain lalu lalang di luar.
Sebelum kejadian tu saya nampak memang ada sebuah van vanette putih tiada tingkap di belakang, parking di seberang hadapan rumah saya telah berada di situ dari jam 11am. No plat tidak nampak kerana pandangan sisi tepi dan saya memang tak berani keluar. Security di sini tidak ketat jadi sesiapa boleh masuk mengikut laluan pagar terbuka untuk menghantar, mengambil anak sekolah dan ada yang mengambil kesempatan parking di kawasan perumahan. Saya memang selalu bimbang akan keselamatan kami kerana setiap hari ada je kereta yang tidak dikenali parking berhampiran rumah kerana menunggu anak keluar dari sekolah. (AJK dan community setempat dah tau dan perkara ni pernah di usulkan)
Selepas saya menjerit van tadi berlalu pergi dan motor dinaiki 2 suspect berlalu pergi. Saya memang trauma untuk keluar amik plat no bimbang hal lain akan berlaku. Semasa report polis di buat.. pihak polis mengatakan van itu agak sukar di kaitkan. Jadi polis fokus kepada lelaki yang menceroboh masuk diperkarangan rumah sahaja.
Polis mengklasifikasikan kejadian ni kemungkinan bertujuan untuk menyamun/percubaan menculik kanak-kanak kerana waktu tengah hari kebiasaan suri rumah yang berada di rumah.
Rumah saya biasa je. Rumah jiran lain lebih nampak mewah tapi orang ni tuju ke rumah yang ada penghuni dan ada kanak-kanak.
Sumber : Azie Ashley Darwish