Umum mengetahui, pelumba Moto2 negara iaitu Hafizh Syahrin, terlibat dalam kemalangan di Grand Prix Austria di Litar Red Bull, semalam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Rempuh Motor Terbabas Di Tengah Litar & Terpelanting Ke Udara, Hafizh Syahrin Stabil
Hafizh yang berusia 26 tahun itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, keadaan Hafizh dilaporkan stabil dan dia dibenarkan pulang ke ‘motorhome’ di Litar Red Bull Ring-Spielberg.
Gagal mengelak dan merempuh
A crash for @eneabastianini triggered chaos in #Moto2! ?
Thankfully, @Hafizh_pescao55 avoided serious injury after striking the bike! ?#AustrianGP ?? pic.twitter.com/X7Aihnr7Wu
— MotoGP™? (@MotoGP) August 16, 2020
Menerusi laporan Berita Harian, beberapa pelumba lain seperti Albert Arenas, Valresa Aspar Team dan juga Prinsipal Pasukan PETRONAS Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali telah melawat Hafizh ketika dia sedang menerima rawatan.
Bercerita mengenai insiden yang berlaku, pendahulu kelas Moto2 iaitu Enea Bastianini terjatuh dengan jenteranya berada di laluan sebelum Hafizh yang tidak menyedari kemalangan tersebut gagal mengelak dan merempuh motosikal pelumba Italtrans Racing Team itu.
Kemalangan pada awal pusingan perlumbaan itu turut membabitkan beberapa pelumba lain iaitu Andi Farid Izdihar (IDEMITSU Honda Team Asia) dan Edgar Pons (Federal Oil Gresini Moto2) sebelum perlumbaan tersebut ditamatkan susulan kemalangan tersebut. Ekoran daripada itu, Hafizh dibawa ke pusat perubatan litar. Beberapa bahagian badannya dilaporkan mengalami lebam.
Dibenarkan pulang ke litar
Saya berasa baik, sangat bernasib baik kerana tidak ada patah di mana-mana bahagian badan. Kemalangan itu sangat ngeri. Apapun, saya hanya berasa sakit di bahagian kaki terutama di kaki kiri. Sekarang ini, saya menggunakan tongkat sebagai alat sokongan untuk saya berjalan. Saya akan cuba untuk pulih secepat mungkin dan lihat sama ada boleh menunggang pada minggu ini ataupun tidak.
Hafizh meluahkan perasaan syukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius di mana-mana bahagian badan. Tambahnya, kemalangan tersebut sangat ngeri buat dirinya.
Sumber: Berita Harian