berita

Natasha Elyzza Berhati-Hati Pilih Kawan, Syukur Dapat Peluang Kedua Selepas Kontroversi Lama

August 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Natasha Elyzza pernah ‘digam’ daripada dunia lakonan dek kerana kontroversi video seks di aplikasi Bigo bersama seorang aktres.

Artikel Berkaitan: Dua Program Baharu TV3, Remang & Detik 12 Malam Bakal Bikin Malam Korang Penuh Misteri!

Orang fikir akan buat perangai lagi

Biarpun jatuh terduduk, Natasha, 28, tidak berputus asa berdoa dan syukur dia mendapat peluang kedua untuk membuktikan bakat dalam industri.

Dua tahun juga saya tidak bekerja, kemudian diikuti pandemik. Memang saya rasa ‘lost’, kecewa dan ingat tiada lagi peluang untuk saya berlakon.

Kebanyakan yang nak ambil saya, pasti ada stigma, ‘tak perlulah nanti dia buat hal’. Bagaimanapun, alhamdulillah peluang itu datang sedikit demi sedikit sejak tahun lalu.

Terima kasih Michael Ang

Tambah pemilik nama lengkap Natasha Elyzza Rohishim, kesilapan masa lampau mengubah dan mematangkan dirinya untuk menjadi insan lebih baik.

Bahkan, pelakon yang mula menyerlah menerusi drama Isteri Separuh Masa ini lebih selektif dalam berkawan bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali.

Saya nak buktikan untuk jadi lebih baik dan saya bukan macam dulu lagi. Sejujurnya saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebab kalau tak jadi semua itu, saya tidak mungkin jadi lebih matang.

Perlahan-lahan saya belajar cara bercakap dengan orang. Kalau tidak dulu, saya tak fikir sebelum bercakap. Bukan itu sahaja, ia juga menyedarkan saya untuk lebih berhati-hati memilih kawan.

Dalam pada itu, Natasha akui terhutang budi dengan penerbit dan pengarah popular, Michael Ang yang menjadi tonggak utama dalam membantunya untuk bangkit semula.

Sejak awal saya ‘jatuh’, Michael banyak memberikan kata-kata semangat dan cuba untuk membantu saya.

Walaupun susah untuk selitkan nama saya, dia tetap juga cuba bagi sekecil-kecil peranan, sehingga saya diberi peranan besar dalam The Hotel tahun lalu.

Natasha ditemui ketika majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya, Remang yang diadakan di Sunway Lagoon, Subang, pada Isnin.

Kena ganggu makhluk halus

Berkongsi pembabitannya dalam drama bersiri Remang, Natasha berkata, naskhah itu membawakan kompilasi cerita-cerita seram dengan setiap episod berbeza.

Episod saya adalah Pak Cik Tumpang, di mana mengisahkan tentang entiti yang menyerupai saya dan mengikut kawan-kawan saya untuk melakukan kerja kursus.

Penggambaran drama ini dilakukan di sebuah banglo tinggal dan tempat itu memang keras. Saya berdepan dengan pengalaman diganggu seperti mendengar orang menangis dan rasa tidak sedap badan. Kru pula ada dengar suara orang dan macam-macam perkara mistik lain lagi.

Selain Natasha, drama itu turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Syafie Naswip, Azrel Ismail, Emma Maembong, Chacha Maembong, Aween Ismail, Natasha Elyzza dan ramai lagi.

Drama bersiri Remang telah mula bersiaran menerusi slot tonton Malam Seram pada 1 Ogos 2011, setiap Isnin, jam 11.00 malam.

Sumber: Instagram @natashaelyzza

SKIP THIS AD ×