Mempunyai pakej yang lengkap dan aura 4B yang jelas iaitu ‘Body, Beauty, Brain & Business’, Miss Grand Malaysia 2024, Melisha Lin antara Miss Grand yang menjadi tumpuan dunia sejak pertandingan tersebut bermula.
Artikel Berkaitan: Tepati Ramalan! Melisha Lin Dinobat Sebagai Miss Grand Malaysia 2024, Siap Raih 7 Anugerah Lain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tahniah! Malaysia Menang Tempat Kedua Miss Celebrity International 2024 Di Vietnam
Penuhi kriteria 4B
Petah bercakap dalam empat bahasa, Melisha Lin berjaya membuktikan Malaysia mempunyai wakil yang sangat kuat untuk pertandingan Miss Grand pada tahun ini. Bukan itu sahaja, Melisha antara peserta yang gigih untuk belajar dan berkomunikasi dalam bahasa Thailand semasa keberadaannya di negara itu.
Berbicara mengenai perjalanannya untuk merebut gelaran Miss Grand International 2024, Melisha berjaya memukau penonton dengan bakat yang sedia ada iaitu menyanyi, menari dan bermain piano. Kehebatan tersebut jelas terserlah apabila dia berjaya memasuki Top 14 acara Grand Voice. Lebih mencuri tumpuan, Melisha turut menyanyikan lagunya sendiri semasa pusingan separuh akhir.
Menerusi pertandingan ‘swimsuit’ pula, Melisha berjaya mencuri tumpuan apabila dia berada dalam senarai pilihan ramai. Terbaru, Melisha sedang bertarung untuk Country’s Power Of The Year. Setakat artikel ini ditulis, Melisha sedang mendahului tiga peserta yang lain di dalam kumpulan D.
Jadi tumpuan ramai
Bagi pertandingan National Costume pula, gadis tinggi lampai ini membawa kisah ‘Gawai Kenyalang’ ke pentas antarabangsa. Kostum nasional sentuhan pereka fesyen kelahiran Sarawak, Aldrin Grame itu dilihat sangat gah ditambah pula dengan cara Melisha memperagakannya. Penuh karakter! Rata-rata masyarakat Iban dan dari Borneo berasa kagum melihat Melisha memakai busana tersebut.
Perjalanan Melisha semakin rancak dan menjadi tumpuan apabila dia menawarkan sesuatu yang sangat istimewa buat Presiden Miss Grand International iaitu Nawat Itsaragrisil ketika sesi temu duga.
Melisha menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah bagi acara berprestij tersebut dan menawarkan diri sebagai hos semua pertandingan Miss Grand selepas ini. Kata-kata Melisha pada waktu itu berjaya membuat Nawat, Teresa dan pemenang Miss Grand International 2023 iaitu Luciana tergamam.
Sejak detik itu juga, seluruh negara mula memandang Melisha sebagai ‘kuda hitam’ dalam pertandingan ini bahkan, mereka yakin Melisha bakal berada di kedudukan Top 10.
Antara kelebihan lain yang ada pada diri Melisha untuk memenangi pertandingan ini ialah, dia sering melakukan video promosi untuk semua tempat yang dikunjungi, bersemangat dalam apa jua aktiviti, ceria, kelakar dan paling penting mengubah setiap persepsi negatif kepada positif. Semoga crown milik kita!