Nazim Othman

Perkongsian di TikTok milik pelakon Nazim Othman mencuri perhatian apabila dia memuat naik video memperlihatkan tubuh badannya yang berotot.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Jahil, Saya Terlalu Banyak Dosa Tapi Percaya Allah Akan Bantu’ – Nazim Othman

Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Nak Bersara Tapi Terlalu Peribadi Untuk Saya Kongsi Sebabnya’ – Nazim Othman

Bini orang komen

Nazim Othman

Menerusi video berkenaan, memperlihatkan Nazim sedang berjalan sambil mengenakan tuala berwarna putih tanpa memakai baju.

Dipercayai momen itu dirakam ketika aktor itu pergi ke sebuah gimnasium.

Seperti dijangka, ruangan balas dipenuhi dengan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Menerusi pemerhatian OhBulan!, hampir 90 peratus yang meninggalkan komen adalah kaum wanita.

Antara komen tersebut, wargamaya memuji sosok tubuh badan Nazim yang begitu ‘fit’ dan berotot.

Malah, tidak kurang yang berasa ‘melting’ melihat ketampanan aktor itu.

Video

@nazothserving u the drama…~? im the drama – THIS IS GISELLE VOICE BITJ

Sumber: TikTok