berita

Nazim Othman & Puteri Sarah Romantis Hiasi Majalah Remaja

October 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Segar dan baru! Buat kali ke 2, majalah “Remaja” edisi Oktober tampil dengan konsep muka depan yang mampu memberikan tarikan sempurna kepada setiap pembaca.

Nushrul Alif bin Othman atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman, 28 tahun yang popular dalam drama “Kau Yang Terindah” bergandingan hebat disamping kekasih Ammar Alfian Aziz iaitu Puteri Sarah Liyana atau lebih popular dengan panggilan Puteri Sarah, 25 tahun.

Pelakon kacak itu tampil dengan kemeja kuning lengan panjang dikombinasikan dengan barangan vintaj untuk tampak lebih berstail dan trendy manakala Puteri Sarah tampil dengan baju polos stail “Oldschool” yang dipadankan bersama skirt berona merah jambu dan kaca mata hebat.

Penangan hebat gaya kedua-dua pelakon itu menyerlahkan stail serba boleh yang menarik. Malah,  bagi anda yang gemarkan gaya vintaj, majalah “Remaja” kali ini membawakan idea dan tips menarik gaya vintaj yang boleh dipraktikkan di rumah.

Selain itu, terdapat pelbagai isu menarik yang dikupas dalam majalah “Remaja” edisi Oktober ini antaranya “Tip Menghilangkan Masalah Bau Kaki Dalam Kecantikan”, “Do & Don’t Sebelum Dating Agar ‘Risikan’ Si Dia Berjaya dalam Cinta Oh Cinta”, “Cerita Suki Low dalam Showbiz”, “Haruan Makan Anak”, dan banyak lagi isu menarik yang dikupas untuk anda!

SKIP THIS AD ×