berita

Nazmi Faiz Mungkin Merasa Kesepian

January 31st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nazmi Faiz

Berikutan kekecohan kontoversi pemain bola sepak, Nazmi Faiz (Mansor) menuduh bekas kekasihnya Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli denga dakwaan yang bukan-bukan, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee telah tampil mengeluarkan kenyataan bahawa kontroversi tersebut timbul mungkin kerana Nazmi merasa sunyi sewaktu berada di Portugal kerana dia berseoranagn di sana.

“Mungkin Nazmi Faiz (Mansor) merasa keseorangan di sana dengan usia yang masih muda tanpa ada bimbingan orang yang lebih dewasa”.

“Saya ada bercakap dengannya beberapa hari lalu mengenai perkara ini dan menasihatkan dia untuk melupakan perkara tersebut. Sekarang ini apa yang lebih mustahak adalah pendedahan dan pengalaman yang boleh diraih olehnya ketika berada di Portugal sejak setahun lalu.”

“Menerusi perbualan telefon itu saya dapat merasakan dia memahami maksud dan tujuannya berada di Portugal. Bagi saya, dia masih mentah (berusia 19 tahun) dan saya mengharapkan dia mengambil perkara ini sebagai pengajaran pada masa depan,” ujar Ong Kim Swee menerusi laporan Harian Metro hari ini.

Mangulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, Ong KiM Swee turut menasihatkan Nazmi agar berhati-hati menggunakan laman sosial dan jangan menyalahgunakan medium tersebut sebagai tempat untuk dirinya melepaskan emosi.

“Saya tidak menganggap menggunakan laman sosial seperti Twitter salah, namun mereka perlu sentiasa berwaspada menggunakannya. Jangan tersalah guna dan mengikut emosi.”

“Saya berharap peminat dan penyokong bola sepak tempatan jangan memperbesarkan perkara ini dan terus memberi sokongan kepadanya dalam mengembangkan karier di Eropah.”

SKIP THIS AD ×