berita

Nazmi Nordin Belum Puas Timba Pengalaman Hidup & Kerja Di Negara Orang

February 27th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Pelakon, pengacara dan model Dr Nazmi Nordin mengakui masih rindu pada bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan di Malaysia meskipun sedang berkhidmat di United Arab Emirates (UAE) sebagai seorang pensyarah dalam bidang pengimejan perubatan.

Artikel Berkaitan: Ezany Nizariff ‘Hilang’ Tak Berlakon, Rupanya Sambung Master – ‘InsyaAllah Tahun Depan Saya Akan Tamatkan Pengajian’

Rindu nak beraksi di hadapan kamera

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Nazmi berkata perasaan rindu untuk beraksi di hadapan kamera pasti ada dalam dirinya.

Semestinya saya masih rindu pada bidang lakonan, peragaan dan pengacaraan. Rindu nak masuk set. Rindu nak beraksi di hadapan kamera. Saya ada menerima beberapa tawaran berlakon apabila pulang bercuti ke Malaysia. Tapi saya terpaksa tolak sebab mahu luangkan lebih masa bersama keluarga.

Bukan selalu dapat pulang ke Malaysia. Tapi kalau tawaran modelling, saya tak ada masalah sebab ia hanya ambil masa yang singkat.

Disoal sama ada mempunyai perancangan atau tidak untuk berkhidmat di Malaysia dalam masa terdekat, anak kelahiran Perlis ini secara ringkas menjawab dia belum berfikir mengenai hal itu.

Setelah menamatkan PhD di Hong Kong selama 3 tahun, saya terus berhijrah ke United Arab Emirates (UAE) pada tahun 2020. Sekarang saya bekerja sepenuh masa sebagai seorang pensyarah di Abu Dhabi, di salah sebuah universiti awam di sini. Jadi sudah empat tahun saya berada di sini.

Berbicara mengenai perancangan untuk pulang ke Malaysia, saya rasa belum tiba masanya lagi. Saya belum ada perancangan untuk balik berkhidmat di tanah air. Saya belum puas menimba pengalaman hidup dan pengalaman kerja di negara orang. Saya mahu mengukuhkan karier saya terlebih dahulu.

Sentiasa bergaul dengan orang positif

Foto: Dr Nazmi bersama ibu dan ayahnya

Alang-alang dapat menemu bual pelakon drama ‘Papa Ricky’ ini, OhBulan! sempat bertanya mengenai tips yang diamalkan oleh Nazmi sehingga boleh berjaya ke tahap ini. Ujar Nazmi, semuanya berkat usahanya sendiri dan doa daripada kedua ibu bapa.

Untuk mencapai sesuatu kejayaan itu pasti ada cabaran yang perlu ditempuh tapi ia bukanlah mustahil. Kita perlu percaya pada diri sendiri dan menyelesaikan apa sahaja yang kita mulakan. Tidak terlambat bagi sesiapa pun untuk mengejar impian.

Paling penting, kena berani dan sentiasa bersedia walau apa jua rintangan. Tips yang seterusnya, kena sentiasa bergaul dengan orang yang positif supaya dapat aura yang baik dan tetapkan niat (tujuan utama) serta kekalkan ukhuwah yang baik sesama manusia.

Pengorbanan kejar cita-cita

Di akhir temu bual, Mister Planet Malaysia (MPM) tahun 2015 ini berkongsi cabaran hidup apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga dan matlamatnya untuk tahun ini.

Jelas Nazmi, pada mulanya dia berasa ‘homesick’. Namun, lama-kelamaan dia sedar ia satu pengorbanan untuk mengejar cita-cita dan impian.

Ini semua pengorbanan saya untuk kejar cita-cita dan capai impian. Atas restu mama abah saya juga. Saya akui homesick tu tak pernah hilang. Memang saya rindukan keluarga, rindu masakan mama, nak luangkan masa dengan adik beradik. Saya akan sibukkan diri supaya tak terlalu melayan perasaan. Kalau ada masa terluang saya akan video call mereka.

Berbicara mengenai matlamat, saya tak ada spesifik target untuk tahun ini. Saya merupakan anak sulung dan paling jauh dari keluarga. Jadi saya sentiasa berdoa agar keluarga saya sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan Allah.

Semoga saya dikurniakan rezeki yang luas dan hidup saya sebagai anak rantau diberkati-Nya. Saya mohon doa daripada semua orang agar urusan saya untuk memiliki sebuah property di Dubai berjalan lancar dan dipermudahkan. Amin.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×