Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, TheNoor dengan kerjasama EZ Qurban telah menganjurkan Majlis Qurban Perdana yang berlangsung di Jalan Pak Rashid, Pulau Nyatuh, Banting.

Program ini berjaya meraikan lebih 700 penerima daripada kalangan asnaf yang hadir bagi menerima agihan daging korban.

Artikel Berkaitan: Nama Neelofa Dipetik Netizen, Didakwa Promosi Produk Guna Gambar Unsur ‘Soft Porn’

Artikel Berkaitan: TheNoor Bantah Guna Gambar Berunsur Lucah Untuk Tujuan Pemasaran – ‘Kami Tiada Kaitan Dengan Syarikat Tersebut’

Teknologi boleh jadi jambatan

Menurut Pengasas dan CEO TheNoor, Hajah Noor Neelofa berkata TheNoor bukan sekadar satu aplikasi mudah alih.

Kata Neelofa, 36, aplikasi tersebut diwujudkan bagi menggabungkan keperluan spiritual, sosial dan kemanusiaan.

Menerusi program korban ini, kami buktikan bahawa teknologi boleh menjadi jambatan untuk menyebarkan nilai-nilai Islam secara berimpak dan menyeluruh.

Inilah bukti bahawa dakwah moden tidak hanya berlaku secara digital, tetapi juga harus menyentuh realiti kehidupan masyarakat.

Berterima kasih kepada Neelofa

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Tuan Ahmad Fadzlullah turut menyampaikan penghargaan kepada Neelofa khususnya kerana telah menyuntik semangat terutama kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TheNoor khususnya kepada Hajah Neelofa. Kami juga berharap ini bukanlah satu-satu program kerjasama EZ Qurban dan TheNoor.

Program yang dijalankan kali ini memberikan semangat dan motivasi khususnya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

Kehadiran kami mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku cuma kami mengharapkan kehadiran kami dapat memberikan warna dalam hari-hari mereka. Korban dan Akikah tanpa sempadan.

Pengagihan daging korban telah dijalankan secara langsung di lokasi penyembelihan seawal pagi Hari Raya Aidiladha ketiga, dengan penyertaan sukarelawan serta pasukan pengurusan daripada kedua-dua organisasi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen TheNoor dan EZ Qurban dalam memanfaatkan teknologi sebagai pemacu kebajikan dan pemerkasaan komuniti, dari aplikasi terus ke lapangan.

TheNoor, sebagai sebuah aplikasi gaya hidup Muslim, komited dalam menawarkan perkhidmatan yang memudahkan urusan seharian pengguna.

Sempena musim ibadah korban, TheNoor membawa inisiatif istimewa bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah korban secara telus, lancar dan diyakini. Sama ada dalam atau luar negara.