Selebriti popular, Noor Neelofa menjelaskan bahawa video tular yang memaparkan wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal merupakan perkongsian lama yang telah dimuat naik dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Muncul Tanpa ‘Sticker’, Kecomelan Bilal Anak Neelofa Buat Ramai Teruja

Video lama

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 37, mengakui terkejut apabila klip tersebut kembali tular dan menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Video itu sebenarnya video dua tahun lalu, ketika itu Bilal umur dua tahun dan sekarang dia sudah empat tahun.

Saya dan suami terkejut apabila video lama itu kembali tular di media sosial. Video tersebut saya sendiri yang muat naik di sosial media.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan kandungan Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

Berkongsi lanjut, Neelofa mengakui berasa lebih selesa untuk terus tidak mendedahkan wajah anak-anaknya kepada umum sehingga mereka dewasa.

Sebenarnya saya sangat gembira tidak terlalu mendedahkan wajah anak-anak. Itu memberi ketenangan kerana netizen tidak boleh nak komen, tidak perlu membuat perbandingan dan cakap macam-macam.

Benda ini (tutup wajah) akan berterusan sehingga mereka besar. Ketika masih kecil ini biar terus seperti sekarang. Tak perlu tunjuk.

Jika di luar (tempat awam), saya tidak tutup pun muka anak-anak, kalau siapa yang nampak mereka nampak sahaja.

Sementara itu, suami kepada Neelofa iaitu pendakwah Haris Ismail atau mesra disapa PU Riz berkata, dia dan isteri menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan wajah kedua-dua cahaya mata mereka.

Mungkin sampai anak-anak sudah boleh berdakwah.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.