Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa menzahirkan kerinduannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Neelofa Bijak Dalam Memilih Suami – ‘Dia Tahu Apa Yang Mahu & Arah Tuju Jelas Sebagai Seorang Muslimah’

Artikel Berkaitan: Harga Tiket Majlis Ilmu PU Riz & Neelofa Jadi Bualan Lagi, Netizen Pertahan Anggap Berbaloi – ‘Ini Pengisian Rohani’

Rindu untuk tunai haji

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, dilihat mengimbas kembali kenangan ketika menunaikan haji pada tahun 2019.

Kongsinya, dia berpeluang menikmati rezeki luar biasa di Arafah ketika waktu wukuf selepas dikatakan sembilan tahun kawasan itu tidak dilimpahi hujan pada waktu tersebut.

Rindu suasan Arafah.

Antara hari yang istimewa dalam hidup saya. Arafah hujan selepas 9 tahun tak hujan pada waktu wukuf.

Haji banyak berjalan. Sentiasa berjalan. Alhamdulillah.

Dalam pada itu, Neelofa memaklumkan hasratnya untuk menunaikan ibadah haji bersama suami dan anak-anak yang sentiasa diselitkan dalam doa hariannya.

Rindu haji. Nak buat banyak kali kalau Allah rezezikan dan jemput.

Nak buat haji dengan suami, Bilal dan Abbas nanti.

Nak buat juga dengan mama daddy dan ibu ayah mertua.

Sentiasa terselit dalam doa-doa saya. Semoga Allah kabulkan dengan kesempurnaan-Nya.

Sumber: Instagram @neelofa