Usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal.
Teruja dan rasa gementar
Menerusi laporan Astro Gempak, Neelofa dipercayai bakal berangkat hari ini. Tambah Neelofa, dia sudah membuat persediaan dari segi ubat-ubatan dan vaksin yang lengkap buat anak putera sulungnya itu.
Teruja. Pada masa yang sama rasa gementar sebab anak masih kecil. Apapun kita kena pastikan dia dah menerima vaksin dan suntikan yang lengkap untuk umur dia. Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Ubat batuk, demam dan lain-lain dah minta dekat doktor. Selain itu, doa banyak-banyak.
Ujar PU Riz pula, dia dan isteri sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci.
Doa Allah beri kesihatan yang baik. Kami gembira sebab memang ada hasrat nak bawa Bilal. Ikutkan trip ni nak bawa ramai keluarga. Tapi sebelah isteri ramai yang turut serta.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila turut membawa anaknya Jebat Jayden ke Tanah Suci.
Sumber: Astro Gempak