berita

Neelofa Syak Teguran Yusof Haslam Sengaja Dibesarkan Pihak Ketiga

August 14th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ahad lepas, sebuah ruangan pojok di sebuah akhbar tempatan telah menyiarkan sebuah artikel yang mana menulis Datuk Yusof Haslam telah menegur Neelofa kerana dikatakan “telah lupa diri”.

Artikel ini telah menimbulkan banyak  spekulasi dari peminat disebabkan sikap Neelofa dan tidak kurang juga yang menyokong kata-kata Datuk Yusof Haslam. Namun, mStar Online hari ini melaporkan bahawa Neelofa ketika ditemubual hanya menganggap teguran itu sebagai teguran antara bapa dan anak.

“Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat. Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.” – Neelofa dipetik dari mStar Online.

Neelofa turut memberitahu bahawa dia syak ada pihak ketiga yang sengaja membesar-besarkan hal ini.

“Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga,”

Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan sengaja tidak mahu menghadiri majlis pelancaran filem S.A.M (Saya Amat Mencintaimu). Tetapi, selebriti jelita ini menjelaskan bahawa ketika majlis itu berlangsung, dia sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menjalani sesi penggambaran drama terbarunya, “Kau Yang Terindah”.