berita

Neelofa Syukur Bilal Pandai Kira Nombor, Kenal Huruf & Baca Surah-Surah Pendek Pada Usia Setahun 10 Bulan

December 19th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya iaitu Muhammad Bilal yang hampir berusia dua tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Itu Rezeki Neelofa & Berkat Taat Pada Suami’ – PU Riz

Artikel Berkaitan: Neelofa Jadi Duta Jenama Antrabangsa Hamilton, Berniqab Tak Jejas Rezeki

Semoga dalam jagaan Allah

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Neelofa berkata Bilal kini sudah boleh mengira, mengenal huruf-huruf Arab serta ABC. Lebih teruja, Bilal sudah boleh membaca Al-Fatihah serta beberapa sudah pendek pada usia setahun 10 bulan.

Sebagai ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf Arab). Kandungan memang saya ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa setahun 10 bulan, Masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal huruf kecil dan besar ABC, al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek.

Pada masa yang sama, Neelofa berkata segala penat lelahnya terbayar apabila melihat perkembangan anaknya itu. Ujar Neelofa, dia turut mengawal konten yang ditonton oleh anak-anaknya.

Tujuan di sini, memang penat mak ayah mahu kawal semua benda tetapi bab ‘screen-time’ dan kandungan apa mereka tengok rasa berbaloi untuk kawal walaupun penat. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT.

Sumber: Neelofa 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×