
Pengacara dan usahawan, Neelofa mengakui tidak merindui dunia seni susulan kehidupannya kini lebih banyak diluangkan bersama keluarga selain menguruskan perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Perlu Ada Pengumuman’ – Neelofa Ulas Isu Kehamilan Anak Ketiga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Susu Pisang Nilofa Kembali, Neelofa & Noor Nabila Lantik 50 Rakan Niaga – ‘Tidak Seperti Dahulu Banyak Stokis & Agen’
Sibuk

Ketika ditemui OhBulan!, Noor Neelofa Mohd Noor berkata kesibukannya dalam menjaga keluarganya membuatkan dia tidak terfikir untuk melakukan perkara lain.
Malah adakalanya, Neelofa merasakan masa yang diluangkan bersama anak-anak masih belum mencukupi.
Secara jujurnya, tidak sempat nak rindu (industri seni) sebab penat ada dua orang anak.
Saya rasa macam walaupun banyak masa di rumah, saya tak sempat nak bagi sepenuhnya.
Ada masa kita nak rehat, kena jaga perniagaan, nak masak, layan atau main dengan anak-anak.
Saya rasa tak sempat nak fikir benda luar. Kalau mereka dah besar, dah sekolah, mungkin masa itu saya rasa ada waktu lapang, kena buat sesuatu
Ketika diminta mengulas mengenai kariernya, Neelofa berkata dia masih menerima tawaran dalam bidang hiburan namun memilih untuk menolak kerana merasakan dunia seni bukan keutamaannya buat masa ini.
Bagaimanapun, Neelofa menegaskan dia tidak pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia hiburan.
Tidak ada (mengacara), ada tawaran tetapi saya cakap tak boleh.
Saya tak pernah cakap saya bersara, tapi mungkin ‘timeline’ (hidup) bukan untuk hiburan buat masa ini.
Kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu, buat ketika ini, dia memilih untuk lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak.
Ya Allah, buat masa sekarang saya memang duduk rumah sahaja. Ada yang mengajak buat filem dan program tapi bagi saya sekarang ini saya kena berlaku adil kepada anak-anak.
Mereka ada hak ke atas saya dan saya sendiri ada pilihan.
Ada segelintir yang tidak mempunyai pilihan kerana kena kerja, berjauhan dengan anak tetapi saya ada pilihan untuk duduk bersama anak-anak dan luangkan masa bersama mereka.
Tak tahu lagi apa terjadi dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang. Mungkin ada program televisyen atau selebihnya.




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)

