berita

Neelofa Tampil Beri Keterangan Isu Dakwaan Tak Pakai Pelitup Muka

May 24th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, usahawan serta selebriti popular, Noor Neelofa didakwa memakai niqab tanpa sebarang pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan: Polis Siasat Dakwaan Neelofa Tak Pakai Pelitup Muka Pergi Mahkamah

Terbaru, menerusi laporan Sinar Harian, Neelofa sudah memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Telah beri kerjasama

Neelofa dilihat hadir ke IPD Seremban sambil ditemani suaminya, PU Riz dan peguam mereka. Menurut Neelofa, pihaknya telah memberi kerjasama dengan pihak polis.

Saya telah beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis, terima kasih.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim memaklumkan, pihaknya akan menjalankan siasatan terhadap Neelofa yang didakwa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis. Tambah Mohd Said, mereka tidak akan berkompromi seandainya selebriti tersebut benar m

Mask dan niqab tak sama

Rata-rata netizen turut mempersoalkan mengenai isu Neelofa yang didakwa tidak memakai pelitup muka semasa berada di tempat awam. Malah, mereka turut berkongsi semula mengenai kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan berhubung garis panduan mengenai pemakaian pelitup muka jika berpurdah mahupun berniqab.

Sumber: Sinar Harian & Bernama

SKIP THIS AD ×