Penghijrahan yang dilakukan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mendapat respon baik daripada netizen malah penghijarahan tersebut sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada wanita muslimah yang lain untuk berubah.
Netizen tegur Neelofa terlalu berfesyen
Tak dinafikan, pelbagai fesyen menutup aurat yang digayakan usahawan berusia 33 tahun ini telah menjadi ikutan ramai para wanita muslimah namun baru-baru ini, pakaian yang diperagakan Neelofa dalam satu majlis terkemuka telah menarik perhatian netizen. Menerusi foto yang dimuat naik Neelofa di Instagram, memaparkan dirinya menggayakan pakaian berwarna hitam yang kelihatan agak singkat.
Meskipun menggayakan dengan kasut boot kulit dan tidak menampakkan aurat seperti warna kulit namun rata-rata netizen menganggap fesyen tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang berniqab. Tidak kurang juga, ada dalam kalangan netizen menganggap pakaian tersebut terlalu menonjol dan berlebihan.
Susulan daripada itu, rata-rata netizen mula mempersoalkan kenyataan yang pernah dikeluarkan Neelofa sebelum ini yang memaklumkan bahawa gaya dan penampilannya di khalayak selama ini sebenarnya mendapat keizinan suami, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail. Menurut mereka, wanita berniqab sepatutnya menggayakan pakaian yang simple dan tidak keterlaluan selain tidak memakai skirt yang singkat sehingga menampakkan bentuk kaki.
Komen
Sumber: Neelofa