Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa, berkongsi pendapat dan nasihat tentang ketaatan kepada suami.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’

Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita

Utamakan suami

Menerusi The Grow and Glow Podcast, Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor menegaskan bahawa seorang isteri perlu meletakkan kedudukan suami lebih tinggi berbanding orang lain.

Bila seseorang isteri meletakkan suaminya di tempat yang betul, maka senang untuk dia memahami apa yang dia kena buat.

Sekarang ramai yang melangkah masuk rumah tapi dia masih bawa status sebagai seorang bos atau pun dengan memiliki harta yang banyak.

Jadi bagaimana awak mahu mendengar cakap suami? Macam mana awak nak minta keizinannya?

Kata mereka, ‘kenapa saya nak minta keizinan, kalau aku boleh buat semua benda sendiri?’

Tetapi dalam Islam kena minta izin daripada suami sebelum keluar rumah atau buat sesuatu perkara.

Selain itu, aktres berusia 36 tahun tersebut juga berkata, isteri haruslah menghormati suami terutama dari segi tutur kata meskipun perhubungan mereka seperti rakan baik.

Cara percakapan pun mestilah seperti dengan seseorang yang kita hormati.

Memanglah zaman sekarang orang menganggap suami mereka seperti ‘bestie’ (kawan baik ) tetapi kena ada satu lapis hormat yang kita letakkan.

Terutama bagi yang ada anak, apabila mereka melihat perhubungan ibu bapa seperti itu maka mereka juga akan ikut dan meneruskan dengan cara yang sama.

Tetapi bila seorang isteri ada perasaan hormat kepada suami, bercakap dengan cara yang baik, minta izin, sediakan keperluan suami, jadi anak-anak pun akan melihat. Seperti kita melihat mak ayah kita dahulu.

Contoh yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji Neelofa yang sentiasa mengutamakan suaminya meskipun dia adalah seorang wanita yang mampu memiliki segalanya.

Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.

Sumber: The Grow and Glow Podcast