berita

Neelofa Titip Doa Sempena Hari Jadi Ibu, Buka Ruang Komen Untuk Peniaga Promosi Barang Jualan

July 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Noor Kartini

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, menerusi satu hantaran di laman menitipkan ucapan istimewa buat ibunya Datin Noor Kartini Noor Mohammed bersempena hari jadinya yang ke-55.

Artikel Berkaitan: Persoal Kuasa Sultan Johor, Mak Neelofa Dakwa Pengurus Media Sosial Yang ‘Update’ IG Story

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Ada Niat Nak Susahkan Datin’ – Pekerja Mak Neelofa Mohon Maaf Kes IG Story

Artikel Berkaitan: Gambar & Tulisan Asal Bukan Dari Penulisan Saya’ – Pekerja Ibu Neelofa

Selamat hari lahir mama sayang!

Foto: Neelofa

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa mendoakan ibunya supaya sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T. dan diberikan ganjaran syurga. Pada masa yang sama, Neelofa juga turut meluahkan rasa sayang yang tidak berbelah bahagi buat ibunya yang banyak berjasa kepadanya.

Selamat Hari Lahir Mama sayang. Ya Allah semoga ibuku sentiasa dalam pandangan RahmatMu, jagaanMu, lindunganMu, dibawah payung kemuliaanMu dan kurniakanlah syurga Jannatul Firdaus kepada ibuku ya Allah. I love you so much mom.

I love you so much

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Beri ruang buat peniaga

Foto: Neelofa

Selain itu, pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini menerusi satu status di laman Facebook memberi ruang kepada peniaga-peniaga barangan kanak-kanak untuk mempromosikan barangan mereka menerusi ruangan komen.

Khas untuk peniaga “Barangan Kanak-Kanak” sahaja. Sila promote perniagaan anda di ruangan komen! Ingat, status ini khas untuk peniaga “Barangan Kanak-Kanak” sahaja ya.

Tidak berakhir di situ, dia memberitahu peniaga yang lain juga, akan mempunyai peluang untuk berbuat perkara yang sama cuma mereka perlu menunggu giliran.

Note: Untuk peniaga barangan lain, Lofa akan buat perkara yang sama seperti ini esok dan hari-hari seterusnya. Nantikan giliran anda. Diharapkan perkara ini lebih memudahkan proses pencarian dan dapat membantu mewujudkan transaksi perniagaan.

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×