
Dalam kesibukan menggalas tugas sebagai pengacara Meletop dan menguruskan perniagaan, Neelofa masih lagi berkesempatan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh Neelofa di laman Instagram, aktres jelita itu ke Tanah Suci ditemani oleh keluarga tersayang.
Permudahkanlah laluanku ke Raudhahmu ya Allah
Sekitar 2012 Neelofa pernah menunaikan umrah namun atas urusan penggambaran untuk drama bersiri arahan Erma Fatima. Mungkin disebabkan faktor itu, Neelofa mengambil keputusan untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke Madinah.
Sepanjang berada di sana, Neelofa turut sempat berkongsi video keadaan dan persekitaran terkini Madinah buat tatapan peminatnya.
Alhamdulillah baru sampai di Madinah. Ubat rindu untuk hamba-hamba Allah di Malaysia :,)
A video posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@noorneelofa) on Mar 29, 2015 at 11:11am PDT
Awal Sempat Ucap Selamat
A photo posted by Awal Ashaari (@awalashaari) on Mar 27, 2015 at 1:14am PDT
Sebelum terlibat dengan kemalangan jalan raya tempoh hari Awal Ashaari sempat bergambar dan mendoakan perjalanan Neelofa ke Madinah.
Semoga Neelofa memperoleh keberkatan dan kebaikan atas ibadah umrah yang dilakukan. Siapa bergandingan dengan Nabil malam ni?