
Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi khabar gembira apabila kini sedang hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: Neera Azizi Pilih Mutawif Sebagai Jodoh, Bakal Nikah Julai Depan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Viral Pelakon Neera Azizi Tukar Kerjaya Baru! Hari-Hari Pakai Baju Ungu, Jual Keladi Ke Tu?
Tahniah!
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nurazneera Azizi, 27, memuat naik gambar imbasan kehamilan dan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
Dalam pada itu, Neera turut meluahkan rasa syukur di atas kehamilan tersebut yang kini difahamkan telah pun memasuki usia 13 minggu.
Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata peminat serta rakan artis mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar urusannya sepanjang kehamilan dipermudahkan.
Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafizi Mohd Noor pada 11 Julai lalu dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Subang Jaya, Selangor.
Komen
Sumber: Instagram Neera Azizi