berita

Negara Banyak Hutang, Tun Mahathir Minta Penjawat Awam Sabar, ‘Ikat Perut’

March 25th, 2019 | by Wan
Kini Trending

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta penjawat awam bersabar dan ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang didakwa dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Penjawat awam ikat perut

Menerusi laporan Astro Awani,  Tun memberitahu pada masa ini kerajaan sedang berusaha keras membayar hutang yang tinggi ditinggalkan kerajaan terdahulu sambil berharap penjawat awam dapat memahami apa yang sedang berlaku.

Seluruh rakyat, termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanjaan bagi membayar hutang.

Amatlah penting, penjawat awam faham sejarah kita dan apa yang sedang dilakukan oleh pemerintah yang baharu ini, supaya mereka dapat menghulurkan kerjasama yang erat demi kepentingan negara (dan) supaya negara kita ini akan berada sekali lagi ke arah negara maju pada 2025

Minta CUEPACS sabar

Tambah Tun, pendapatan akan meningkat sekiranya kerajaan berjaya membayar hutang ini. Tun juga berharap agar Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar.

Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.

Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat.

Sumber: Astro Awani, Utusan Online

SKIP THIS AD ×