berita

Nelayan Hampir Maut Tercekik Ikan Puyu, Ikan Tiba-Tiba Melompat Keluar Dari Air Masuk Ke Mulut

June 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mirror UK

Malang tak berbau! Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui seorang nelayan ini yang hampir maut selepas seekor ikan puyu secara tiba-tiba melompat keluar dari air dan terus masuk ke mulutnya.

Tercekik ikan puyu

Foto: Mirror UK

Memetik laporan Mirror UK, insiden tersebut dipercayai berlaku di Thailand dan ketika kejadian, nelayan terbabit sedang memancing ikan di satu lokasi menggunakan tempuling. Ketika sedang menghirup udara, tiba-tiba seekor ikan puyu melompat keluar dari air dan terus masuk ke mulut serta kerongkongnya.

Ikan puyu terbabit dipercayai tersangkut dan cuba keluar semula dari rongga hidung mangsa namun gagal. Orang ramai mula panik selepas melihat keadaan mangsa yang tercungap-cungap sambil memegang kerongkongnya. Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital dan hasil imbasan X-ray menunjukkan terdapat seekor ikan puyu bersirip tajam sepanjang lima inci tersekat di kerongkong mangsa.

Pasukan perubatan segera melakukan pembedahan kecil ke atas mangsa dan akhirnya mereka berjaya mengeluarkan ikan puyu tersebut. Bagaimanapun, tekak mangsa dilapor mengalami kecederaan parah dan kerosakan kronik akibat ‘terhiris’ dengan ketajaman dan kekerasan sirip ikan tersebut.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×