berita

Nelayan Perlu Pakai Jaket Keselamatan & Ambil Iktibar Insiden Bot Terbalik

July 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berharap para nelayan mengambil iktibar berhubung tragedi bot terbalik di perairan Kemasin, Kelantan baru-baru ini. Menerusi laporan Berita Harian, beliau juga menitikberatkan keselamatan dengan memakai jaket keselamatan.

Bergantung kepada kesedaran masing-masing

Prosedur operasi standard (SOP) di laut iaitu memakai jaket keselamatan memang sudah ada, namun bergantung kepada kesedaran masing-masing untuk memakai atau sebaliknya. Justeru, kita berharap apa yang berlaku menjadi iktibar kepada semua.

Kita berharap operasi SAR berjalan lancar dan tiga lagi mangsa yang hilang ditemui dalam masa terdekat. Saya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap kesemua mereka tabah dengan ujian yang berlaku.

Menurut Che Abdullah, memakai jaket keselamatan di laut merupakan SOP yang sudah lama wujud. Oleh itu, ia bergantung kepada kesedaran individu terhadap keselamatan mereka. Tambahnya, penerangan daripada Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung SAR dan usaha yang dijalankan sangat baik.

Takziah buat keluarga mangsa

Che Abdullah juga berharap operasi SAR berjalan lancar dan tiga lagi mangsa yang hilang bakal ditemui dalam masa terdekat. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa turut diucap oleh beliau.

Terdahulu, keterujaan sekumpulan 20 pemancing turun ke laut bertukar tragedi apabila bot dinaiki mereka terbalik ditelan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, Kelantan. Kejadian jam 8.30 malam itu telah meragut nyawa lima orang pemancing manakala, tiga lagi hilang.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×