berita

Nelayan Terkejut Jumpa Mayat Lelaki Yang Diikat Pada Pokok, Leher Dijerut Dengan Tali

April 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang lelaki ditemui di Pulau Melaka dalam keadaan yang sangat menyayat hati di mana lehernya dijerut dengan tali dan diikat pada sebatang pokok.

Leher mangsa dijerut

Foto: Utusan Malaysia

Memetik laporan Utusan Malaysia, mayat lelaki tempatan yang berusia 27 tahun itu ditemui oleh seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut. Ketika ditemui, mayat managsa berada dalam keadaan terduduk, diikat pada sebatang pokok dan lehernya dijerut dengan tali.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, sepasukan pegawai penyiasat termasuk daripada Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada saksi.

Hasil pemeriksaan didapati si mati merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang.

Ketika ditemui mayat mangsa masih lengkap berpakaian dan setakat ini tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Menurut sumber, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×