
Perkongsian di Instagram milik pelakon, Nelydia Senrose menuai pujian selepas dilihat ayu mengenakan hijab di samping suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Aritkel Berkaitan: [VIDEO] 6 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Nelydia Senrose Bersedia Jadi Ibu – ‘Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Itu Pasti Membahagiakan Saya’
Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose Sudah Tanggal Tudung? Foto ‘Freehair’ Timbul Tanda Tanya
Lawa pakai tudung

Menerusi perkongsian itu, pemilik nama memuat naik gambar beberapa gambar pada hari Mohd Hafez dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Lebih menarik perhatian, Nelydia dilihat sopan mengenakan busana baju kurung dan bertudung ketika menemani Mohd Hafez.
Pakaian Nelydia menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya memujinya kerana tampak manis mengenakan hijab.
Komen netizen

Tidak hanya itu, menjengah ke ruangan komen, netizen turut meminta supaya aktres itu mengekalkan pemakaian sopan seperti itu kerana sesuai dengan gelaran Datin.
Dalam pada itu, netizen turut mengimbau kenangan mengatakan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sudah mempunyai aura Datin sejak dahulu.
Imbas kembali, Nelydia mula berhijab pada pehujung tahun 2021. Bagaimanapun, aktres itu pernah memberitahu bahawa dirinya berasa risau sekiranya iman tidak kuat dan khuatir jika kembali dengan imej lama.
Pada hujung tahun 2024, nama Nelydia menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika keluar bertemu khalayak ramai.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

