Seorang wanita berusia 70 tahun didakwa menjadi mangsa rogol dua jirannya dalam satu kejadian di daerah Alwar, Rajasthan, India.

Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mesej’ Hana Ismail Buat Mangsa Rogol Kembali Tular – ‘Kita Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri’

Nenek mangsa rogol bergilir-gilir

Foto: Kecerdasan Buatan (AI)

Memetik laporan India Today, kedua-dua suspek dipercayai memecah masuk ke rumah mangsa ketika warga emas itu sedang nyenyak tidur, sekitar jam 10:30 malam pada 21 Julai lalu.

Mereka kemudian didakwa merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum melarikan diri. Anak lelaki mangsa yang turut berada di rumah berkenaan terjaga dari tidur selepas terdengar jeritan meminta tolong. 

Bagaimanapun, kedua-dua suspek iaitu Moradhwaj dan Bacchu berjaya ditahan pihak polis dalam tempoh kira-kira 30 minit selepas laporan dibuat.

Mangsa mendakwa suspek utama merogolnya, manakala seorang lagi membantu ketika kejadian.

Menurut polis, kedua-dua suspek merupakan jiran mangsa dan telah dihadapkan ke mahkamah sebelum direman.

Sumber: India Today