berita

Nenek 77 Tahun Maut Selepas Hampir Dirogol Duda Gila Seks

August 16th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita warga emas di Pulau Bali, Indonesia dilaporkan meninggal dunia selepas hampir dirogol oleh seorang duda berusia 33 tahun lebih muda daripadanya.

Suspek tak dapat kawal nafsu

Mangsa yang berusia 77 tahun didakwa hampir dirogol oleh suspek yang dikenali sebagai I Wayan Jambot yang merupakan jirannya sendiri.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu di mana mangsa dan suaminya pergi ke kebun untuk menebas rumput di dua lokasi berbeza dan turut disertai oleh suspek berusia 44 tahun.

Ketika hendak mengangkat rumput yang ditebas ke atas kepalanya, mangsa yang memiliki tiga orang anak dan lima cucu itu meminta bantuan suspek yang kebetulan berada tidak jauh daripadanya.

Selepas membantu, suspek dikatakan tidak dapat mengawal nafsu lalu bertindak cuba merogol mangsa. Wanita berkenaan cuba untuk melawan, namun akhirnya terjatuh lalu tidak sedarkan diri.

Disahkan meninggal dunia

Sekadar gambar hiasan

Kejadian itu kemudiannya disedari oleh suaminya yang bergegas berlari ke arah mereka sambil menjerit meminta pertolongan. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Menurut pemimpin tempatan, I Wayan Putra, mangsa yang tidak sedarkan diri itu dibawa pulang ke rumahnya yang tidak jauh daripada kebun sebelum dihantar ke pusat kesihatan terdekat untuk rawatan kecemasan.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan, namun punca kematian masih belum dikenal pasti.

Sumber : Suara.com

SKIP THIS AD ×