berita

Nenek Berusia 104 Tahun Pesakit Tertua Sembuh Covid-19 Di Itali

April 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang warga emas yang berusia 104 tahun di Itali yang disahkah positif Covid-19 akhirnya telah pulih sepenuhnya. Bukan itu sahaja, wanita ini juga sekaligus telah mencatatkan sebagai pesakit Covid-19 yang tertua di dunia bertahan melawan wabak maut itu.

Simptom demam dan muntah

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, warga emas yang dikenali dengan nama Ada Zanusso telah mula dijangkiti sejak 17 Mac yang lalu selepas dia mengalami demam, muntah dan kesukaran untuk bernafas. Anak lelakinya, Giampiero memberitahu bahawa berdasarkan simptom yang dialami dia mengesyaki ibunya itu dijangkiti Covid-19 memandangkan sebelum ini seramai 20  orang penghuni yang tinggal di pusat jagaan tersebut juga telah maut akibat dijangkiti wabak maut tersebut.

Mereka juga sedih ada beberapa kematian di sana dan saya juga bimbang keadaan ibu.

Pesakit tertua sembuh Covid-19

Ibu kepada empat orang anak ini kemudian menjalani pemeriksaan dan hasilnya mengesahkan bahawa dirinya itu telah dijangkiti Covid-19. Menurut doktor yang merawat Ada Zanusso iaitu Dr Carla Furno Marchese berkata wanita ini sememangnya seorang yang sangat sihat, cergas dan sekaligus menjadikan keadaan kesihatannya bertambah baik dari hari ke hari.

Saya lihat dia bangun dan tidak baring di atas katil. Dia boleh berjalan lagi.

Tambahnya lagi, wanita ini merupakan pesakit tertua yang berjaya sembuh daripada wabak Covid-19 ini. Difahamkan, Ada Zanusso juga merupakan salah seorang pesakit yang terselamat semasa penularan wabak Spanish Flu yang berlaku sekitar tahun 1918 lalu.

Sumber: The Sun, New York Post, Metro Uk

SKIP THIS AD ×