berita

Nenek Disahkan Positif Covid-19, Daler Yusuf Mohon Doa Peminat

August 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Walaupun pandemik Covid-19 di negara beransur pulih, namun negara-negara luar masih lagi bertarung mengharungi isu ini. Terkini, nenek salah seorang pelakon popular negara Daler Yusuf telah disahkan menghidap penyakit Covid-19.

Dia berada dalam keadaan kritikal

Assalamualaikum semua, nenek Daler positive COVID 19 and she is in a critical situation kat Uzbekistan. Dia currently dalam keadaan coma dan doktor cakap paru paru dia dalam keadaan teruk. Daler tak tahu nak buat mcm mana. Tolong doakan untuk nenek saya please.

Pelakon yang berasal dari Uzbekstan memberitahu perkara ini menerusi laman Instagram rasminya. Neneknya yang berada di Uzbekistan kini berada dalam keadaan koma dan paru-paru neneknya berada dalam keadaan kritikal.

Dia berharap agar peminatnya dan orang ramai mendoakan kesejahteraan buat neneknya supaya kembali sembuh dan mampu untuk melawan virus berkenaan.

Semoga sihat kembali

Rakan artis dan peminatnya turut meluahkan rasa simpati terhadap perkara itu. Mereka mendoakan agar semuanya kembali pulih dan neneknya kembali sihat seperti sedia kala.

Sumber: Daler Yusuf

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×