berita

Nenek Kerah Tenaga Jaga 7 Orang Cucu Sampai Jatuh Sakit, Namun Bila Ditanya Anak-Anak…

August 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jasa dan pengorbanan ibu bapa menjaga anak-anak sejak dari lahir merupakan satu perkara yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hajat si anak.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah anak mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua apabila mereka sudah dewasa. Malah mereka membebankan ibu bapa dengan menjaga cucu pula.

Nenek mengasuh 7 cucu

Nenek sorang-sorang jaga 7 cucu di PPR ***. Dia lah masak, dia lah sidai kain, dia lah mandikan semua cucu. Nenek terlalu busy sampai tak kisah sangat pasal ubat. Bukan priority. Logik.

Nenek admit ke ward disebabkan BP terlalu tinggi sampai salur darah pecah di otak. Nenek dah tak boleh masak, nenek dah tak boleh sidai kain, nenek dah tak boleh mandikan semua cucu. Nenek boleh bergerak dengan terhad. Dan sekarang mak bapak kepada 7 cucu itu yang berbelah bagi macam mana nak jaga.

Kisah yang dikongsi pengguna Facebook, Ammar Kamar, mendapat perhatian netizen apabila si anak didakwa mengabaikan ibu yang terlantar di hospital. Si ibu dipercayai tidak menjaga kesihatan dengan baik kerana sibuk mengasuh cucu di rumah.

Nenek di wad, siapa nak jaga?

Sekadar gambar hiasan

Logik. Siapa-siapa pun akan ‘terkejut’ bila jadi macam ini. 5 anak disuruh fikirkan tempat dan lokasi untuk jaga nenek, mereka tak pasti. Malangnya, sorang-sorang dah mula reject call dari hospital. Tak tau lah berapa lama nenek nak duduk dalam wad.

Ini lah sebab aku tak suka baby dumping dekat mak ayah tanpa rancang betul-betul. Banyak benda nak kena fikir. Tak salah nak hantar. Tapi jangan lepas tangan. Kebajikan nenek kena difikirkan juga. Tak judge siapa-siapa. Tapi nenek kat dalam wad ni siapa nak jaga?

Lebih menyedihkan apabila anak-anak dikatakan mula menolak panggilan daripada hospital. Malah kelima-lima anak ‘tidak pasti’ ketika diminta fikirkan lokasi untuk menjaga si ibu.

‘Beruntung masih punya mak’

Sumber : Ammar Kamar

SKIP THIS AD ×