berita

Nenek Meninggal Dunia Lepas Dua Hari Positif Covid-19, Individu Ini Pesan Jangan Bawa Warga Emas Pergi Kenduri

March 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi serta mematahui segala Standard Operating Procedure (SOP) termasuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan Covid-19.

Selain itu, mengurangkan aktiviti sosial seperti pergi tempat sesak seperti menghadiri kenduri, majlis keramaian dan sebagainya juga adalah inisiatif yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.

‘Selamat tinggal nenek’

Seperti kisah sedih yang dikongsikan seorang pengguna TikTok, Wan Raimi Azri memaklumkan nenek tercinta telah dijemput Ilahi selepas dua hari disahkan positif Covid-19. Menurut individu ini, arwah neneknya mempunyai antibodi yang sangat lemah dan tidak mampu melawan virus maut tersebut.

Terima kasih yang mendoakan, arwah nenek antibodi sangat lemah nak lawan virus Covid-19 ni. Hanya ambil masa dua hari je sebelum pergi, Al-Fatihah.

Susulan daripada pemergian nenek tercinta, Wan Raimi Azri sempat menasihati orang ramai supaya tidak membawa warga emas atau individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19 ke majlis keramaian. Bukan itu sahaja, setiap individu dinasihatkan supaya mematuhi SOP yang ditetapkan walau di mana mereka berada.

Hati-hati ye bawa warga emas ke majlis. Please jaga SOP. Selamat tinggal nenek.

Video

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 350k tontonan dan menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka. Ada di antara mereka telah dijangkiti Covid-19 selepas pulang dari kenduri dan majlis keramaian.

Oleh hal demikian, mereka menasihati orang ramai supaya elakkan dari membawa golongan berisiko ke tempat yang sesak. Hal ini kerana, tempat seperti itu lebih mudah terdedah kepada wabak tersebut.

Salam takziah

Sumber: Wan Raimi Azri

SKIP THIS AD ×