berita

Netizen Approved! Ini 7 Restoran di Kuantan, Negeri Sembilan & Johor Dengan Rating Tertinggi!

November 15th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Rakyat Malaysia dengan makanan memang tak dapat dipisahkan. Nak buat macam mana lagi? Rakyat Malaysia memang suka makan. Apatah lagi jika pergi bercuti, kita mestilah nak cuba makanan yang terkenal di tempat yang kita lawat tu, betul tak?

Oleh itu, hari ini min nak kongsi 7 restoran popular di sekitar Negeri Sembilan, Kuantan dan Johor yang netizen approved. Incase, korang datang berkunjung dan tak tahu nak makan dekat mana? Korang boleh cuba tempat-tempat makan ni.

Ha… Mesti korang excited nak tahu restoran apa yang min maksudkan betul tak? Disclaimer, senarai restoran ni bukan min pilih suka-suka sebaliknya, ianya adalah 100% berdasarkan rating dan reviews yang ditinggalkan rating dan review jutaan pencinta makanan negara kita melalui aplikasi GrabFood.

Top 3 restoran Negeri Sembilan!

1. The Urban Affairs

Menyediakan pelbagai variasi makanan barat pada harga berpatutan, The Urban Affairs merupakan salah satu restoran yang wajib korang cuba makanannya.

Memiliki rating yang tinggi di dalam aplikasi GrabFood, ramai yang review makanan di sini sedap-sedap belaka dan portion yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Tak percaya?

Nanti bila berkesempatan, korang cuba order melalui GrabFood.

2. Kyochon Korean Fried Chicken

Terkenal dengan rasa asli ayam goreng Korea.Tipu la kalau korang tak pernah dengar mengenai restoran ayam goreng ini.

Menawarkan pelbagai menu berasaskan ayam, ini adalah salah satu restoran ayam goreng yang korang wajib cuba walaupun hanya sekali. Resepi tepung yang ranggup dan rasa ayam gorengnya yang juicy memang letop!

3. Warung Bambam

Selain dua restoran diatas, warga Negeri Sembilan  juga wajib cuba makanan daripada Warung Bambam. Terkenal dengan menu sarapan pagi mereka seperti nasi lemak, roti bakar telur goyang, roti jala, roti stim dan aneka kuih-muih. Korang mesti tak tahu  nak pesan yang mana satu.

Nasihat min pesan je semua. Ye la, GrabFood kan ada tawarkan diskaun & baucar. So, manfaatkan tawaran tersebut sepenuhnya.

Top 2 Restoran Kuantan!

1. Restaurant Ayam Penyet

Menduduki tangga pertama sebagai restoran paling top di Kuantan, Restaurant Ayam Penyet terbukti memiliki peminatnya yang tersendiri.

Rasa ayam gorengnya yang ranggup diluar dan lembut didalam memang sedap. Dipadankan pula dengan sambal, nasi putih, tempe dan tauhu goreng. Memang terangkatlah jawabnya. Maka, tak hairanlah Restaurant Ayam Penyet ini menerima banyak pesanan tak kira waktu.

2. Roti Bakar Berserah

 

Min yakin penggemar roti bakar di sekitar Kuantan pasti tahu kedai Roti Bakar Berserah ni, Betul tak?

Terkenal dengan pelbagai jenis sajian roti bakar seperti roti bakar sosej cheese, roti bakar titta, roti bakar lamb cheese, aneka sajian english breakfast dan nasi lemak, menu sarapan pagi dekat sini memang layan…

Jujur korang, roti bakar yang disajikan dekat Roti Bakar Berserah ni best sangat-sangat. Rapuh diluar tapi lembut didalam. Korang tambah pulak telur goyang, mantap guys! Licin pinggan dibuatnya.

Top 2 Restoran Johor!

1. K Fry Urban Korean

Menyajikan makanan Korea dengan sentuhan moden, ini beberapa menu yang wajib korang cuba di K Fry Urban Korea.

  • Mini cheesy fried chicken Bumbuk
  • Half chicken series
  • Soonsal
  • Wing series

Nak mudah, korang boleh buat pesanan melalui GrabFood. Bukan apa, selalunya restoran ni memang full house dan korang kena beratur lama untuk makan disana.

Jadi, korang yang busy dan nak cepat min cadangkan buat pesanan secara online je. Mudah dan makanan dihantar terus oleh abang delivery sebaik sahaja pesanan korang disiapkan.

2. Nasi Ayam Kee Chup

Buat peminat tegar nasi ayam, pastikan korang cuba Nasi Ayam Kee Chup apabila korang datang ke Johor.

Nasi ayam ini cukup terkenal di Johor Bahru sampaikan Abang Padu Beb pun turun untuk review nasi ayam diorang ni. Nasi ayam diorang bukan je wangi tapi cukup lemak, masin dan memang sedap.

Dipadankan pulak dengan ayam goreng panas-panas, sambal, kicap dan sup memang layan habis nasi ayam ni. Sebab tu jangan pelik kalau korang kena beratur nak makan dekat sini. Nak mudah? Pesan je guna GrabFood! Cepat, pantas dan menguntungkan!

 

Bagi korang yang tak tahu macam mana nak cari senarai kedai makan 5 bintang dalam aplikasi GrabFood. Korang follow je langkah-langkah diatas. Min dah bulatkan supaya mudah untuk korang jadikan rujukan.

Bagi korang yang dah buat pesanan, jangan lupa kongsi pandangan dan rating korang mengenai makanan yang korang beli. Hal ini kerana review dan rating yang ditinggalkan akan membantu pengguna GrabFood yang lain selain membantu penjual dan pemilik restoran di aplikasi Grab memperbaiki makanan dan servis mereka dari semasa ke semasa.

Apa-apa pun jangan lupa untuk cuba ke semua restoran diatas. Min pasti korang akan rasa puas hati kerana kesemua restoran ini adalah restoran yang netizen approved dan “legit” hasil daripada rating dan review jutaan pencinta makanan negara kita.

Ios: Grab

Android: Grab

SKIP THIS AD ×