berita

Netizen Bangga Nama PM Jadi Salah Satu Soalan Dalam Program Realiti India

December 27th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Tular di media sosial, sebuah rancangan realiti televisyen ‘Who Wants To Be A Millionaire India’ menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam salah satu soalan telah mencuri tumpuan warganet.

Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Menghadap Pemangku Raja Pahang, Netizen Tertarik Pula Dengan Stokin PM Ke-10 – ‘Stokin Kedai RM2 Tu’

Artikel Berkaitan: Sibuk Jalani Tanggungjawab Sebagai Pemimpin Negara, Anwar Ibrahim Tak Lupa Untuk Bersenam

Punya lah terkenal PM Malaysia kat India

Menerusi sebuah video berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh Kingmsharul1 di TikTok, bintang popular India, Amitabh Bachchan yang merupakan hos program terbabit bertanyakan soalan kepada peserta.

Negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022?

Bukan itu sahaja, peserta terbabit turut dilihat menjawab soalan itu dengan mudah dan tepat sambil tersenyum apabila memilih Malaysia sebagai jawapan. Malah, soalan itu juga difahamkan bernilai lebih enam juta Rupee.

Di ruangan komen pula, sebahagian besar wargamaya meluahkan rasa teruja dan bangga apabila pemimpin negara ini amat dikenali selain perkembangan politik Malaysia mendapat perhatian negara luar.

Komen

Sumber: Kingmsharul1

SKIP THIS AD ×