berita

Netizen Berang Pemandu Mabuk Siap Boleh Ketawa Selepas Langgar Peniaga Jual Nasi Lemak Sehingga Maut

June 17th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam viral sebuah rakaman video berhubung kejadian seorang wanita maut selepas kereta dipandu seorang lelaki merempuh gerai nasi lemak tempat mangsa berkerja di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang. Dalam kejadian itu, Roslinda Mohamad Isa, meninggal dunia di Hospital Kepala Batas (HKB) akibat kecederaan parah yang dialami.

Menerusi laporan Harian Metro,  pemandu tersebut mengaku dia tidak dapat mengawal apa yang berlaku kerana dipercayai terlalu khayal malah mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

Siap boleh ketawa

https://www.facebook.com/315707149379810/videos/pcb.691439171285048/318515655765626/?type=3&theater&ifg=1

Menerusi Facebook Nan Naz, dia berkongsi rakaman video berdurasi 2:06 yang menunjukkan suspek dilihat beberapa kali cuba menjelaskan bahawa kejadian itu bukan kesalahannya. Dia yang duduk di atas bekas pencawang elektrik yang terbalik itu dilihat ketawa dan mengugut untuk membunuh diri kerana diasak dengan pelbagai soalan daripada orang awam.

Tengah susun nasi lemak

Menurut Mat Subri, ketika kejadian dia dan isterinya sedang menyusun nasi lemak seperti kebiasaan sebelum tiba-tiba dia terdengar bunyi brek kereta. Sejurus tercampak, dia hanya sedar selepas dibawa ke hospital dan tidak mengetahui keadaan isterinya.

Saya terdengar bunyi brek kereta yang kuat dan nampak kereta menghala ke arah kedai. Saya dan isteri tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dirempuh dan tercampak ke belakang. Saya diberitahu isteri saya sudah meninggal dunia dan tidak menyangka dia meninggal dalam keadaan sedemikian. Saya tidak dapat menahan perasaan sedih kerana sebelum ini dia sering bersama saya. Malah, kami juga bekerja di gerai nasi lemak itu bersama-sama sejak dua tahun lalu.

Tambahnya, dia hanya dibawa menggunakan katil hospital ketika melihat jenazah isterinya.

Positif ganja dan tiada lesen memandu

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, rempuhan itu menyebabkan suami isteri berkenaan tercampak dan parah.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan sebelum Roslinda gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Susulan kejadian, pemandu kereta berusia 31 tahun yang juga lelaki warga tempatan ditahan untuk siasatan dan diambil keterangan.

Hasil ujian air kencing suspek didapati positif ganja malah tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan keretanya tamat tempoh. Tin minuman keras juga ditemui di dalam kereta pemandu tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

Sumber: Harian Metro & Nan Naz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×