Netizen mula berkampung di Instagram milik seorang individu yang dipercayai bertanggungjawab menulis dua surat layang berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan Osman, tujuh tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini – ‘Patut Tak Tindakan Diambil Pada Pengurusan, Bomoh Laptop?’
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Throwback’ Video Pembunuh Zulfarhan Tersenyum Ketika Terlepas Hukuman Gantung
‘Terima kasih orang baik’
Dipercayai surat layan tersebut diutuskan kepada pihak atasan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai usaha untuk memberitahu arwah telah didera dan dibuli oleh rakan-rakannya.
Difahamkan juga individu terbabit merupakan sahabat kepada Zulfarhan yang sama-sama menuntut di institusi berkenaan.
Media sosial individu itu mula dibanjiri netizen selepas seorang pengguna TikTok berkongsi maklumat akaun Instagram miliknya.
Susulan itu, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan terima kasih di ruangan komen selain memuji keberanian individu terbabit. Malah, tidak kurang juga yang memberi gelaran hero kepadanya.
Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan!, individu itu dilihat sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.