
Seorang pempengaruh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen selepas tampil dengan tatu baharu di bahagian tangan menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
Artikel Berkaitan: Influencer Bersuara Harga Makanan ‘Food Festival’ Terlalu Mahal, Rasa Makanan Tak Semenggah – ‘Saya Beli Guna Duit’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pilihan Di Tangan Anda Untuk Beli Atau Tidak’ – Alif Satar Akui Sukar Untuk Usahawan Berniaga Dengan Harga Barang Tak Menentu
Bantu

Khuatir dengan perkara tersebut, individu dikenali Izad Iskandar mengesyaki tatu yang kelihatan masih baru dan kemerahan itu memaparkan ilustrasi yang didakwa menggambarkan perasaan kesunyian serta kesusahan hidup.
Jujur ya, video ini merisaukan saya. Daripada analisis video ini, nampak tatu itu masih baru, masih kemerahan.
Dengan memuat naik video tersebut, secara tidak langsung dia memberi isyarat, ini mungkin satu bentuk “meminta pertolongan”.
Dalam masa yang sama, dia menyeru orang ramai agar tidak memandang ringan perkara tersebut sebaliknya menunjukkan sokongan kepada individu terbabit.
Kita sebagai penonton tidak sepatutnya hanya berlalu begitu sahaja.
Mari kita bantu dia. Bro, kami menerima kamu seadanya. Biar kami bantu kamu mendapatkan pertolongan untuk meringankan kesakitan yang kamu alami. Ok?
Terdahulu, seorang pempengaruh menyorot perhatian selepas menampakkan tatu baharu di tangan.
Menurut pempengaruh berkenaan, tatu itu dibuat sebagai simbol perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Sumber: Threads








