berita

Netizen Cemburu Tengok Hubungan Rapat Dengan Bapa Mentua, Puteri Sarah Tak Diam Dik!

September 27th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Di sebalik hubungan mesra yang dipamerkan pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bapa mentuannya iaitu Datuk Yusof Haslam, ternyata ada pihak yang kurang senang dengan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam & Isteri Tak Campur Soal Jodoh Puteri Sarah – ‘Biar Takdir Menentukan’

Jauhkan diri

Baru-baru ini, Puteri Sarah yang sedang membuat siaran langsung di TikTok menerima komen daripada individu yang meminta aktres itu untuk menjauhkan diri daripada bapa mentuannya.

Kata individu terbabit, dia berasa simpati terhadap isteri baharu pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Kau (Puteri Sarah) sepatutnya jauhkan diri dengan bekas bapa mentua, kesian dekat pihak sebelah sana (Ira Kazar).

Membalas kepada komen tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta individu terbabit untuk buang rasa dengki di hatinya.

Haha adoi, buang sikit busuk hati itu dik.

Kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Syamsul pada 6 Januari lalu, telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira di Thailand berwakil walikan ayahnya, aktor Kazar Saisi.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

SKIP THIS AD ×