berita

Netizen Dah Nampak ‘Baby Bump’, Isteri Fizi Ali Hamil

April 13th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyampai radio Fizi Ali memberitahu dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Kenapa Tiada ‘Update’ Fasal Anak, Shakilla Khoriri Jawab – ‘Ameena Dengan Daddy Dia, Mereka Have Great Time Together’

Daripada kami berempat

Menerusi perkongsian di Instagram, Fizi memuat naik foto bersama isterinya iaitu Siti Zulaikha dan anak tirinya. Mereka mengenakan baju sedondon berwarna hitam. Lebih mencuri tumpuan, Fizi menulis kapsyen ‘selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami berempat’.

Menerusi foto yang sama, turut kelihatan baby bump Zulaikha namun tidak dapat dipastikan usia kandungannya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas khabar yang dikongsikan Fizi. Mereka mendoakan agar proses kehamilan Zulaikha dipermudahkan.

Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober tahun lalu. Terdahulu, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia.

Sumber: Fizi Ali

SKIP THIS AD ×