Di Instagram, rata-rata netizen mendakwa bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Neelofa sudah berbadan dua. Hal tersebut diperkatakan oleh netizen selepas mereka menonton sesi live di antara Neelofa dan Bella Zahir.
Nampak ‘baby bump’?
Tampil cantik manis berniqab, Neelofa yang menyarung jubah berwarna hitam itu dikatakan seperti mempunyai ‘baby bump’ setelah lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga. Menerusi sesi live tersebut juga, Neelofa dilihat sering mengusap perutnya sambil mempromosikan barangan yang hendak dijual. Rata-rata netizen yang mengikuti sesi live di antara Neelofa dan Bella Zahir itu memberi ucapan tahniah seandainya Neelofa benar-benar hamil.
Tahniah!
Selain memberi ucapan tahniah, rata-rata netizen tidak sabar untuk mendengar pengakuan daripada Neelofa sendiri mengenai berita tersebut. Setakat ini, Neelofa dipercayai masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang komen di media sosial berhubung isu dirinya dipercayai sedang hamil.
Sumber: Neelofa